Random Video

COVID-19 | Perak sedia hadapi peningkatan kes

2022-05-03 0 Dailymotion

Kerajaan Perak bersiap-siaga bagi mendepani kemungkinan peningkatan kes positif COVID-19 selepas sambutan Aidilfitri seperti diumumkan Kementerian Kesihatan (KKM) pada Isnin.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri, Mohd Akmal Kamarudin berkata, antara langkah awal yang diambil adalah dengan mengedarkan 1,000 kotak kit ujian pantas (RTK) antigen COVID-19 kepada 59 pusat khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).